TM Piala MalaysiaHanya lapan pasukan, iaitu lima juara kumpulan dan tiga pasukan naib juara terbaik, akan layak ke pusingan kalah mati bagi TM Piala Malaysia 2009.

Dua pasukan yang telah layak ialah Selangor, selaku juara Kumpulan D dan Kelantan, selaku juara Kumpulan E. Manakala, baki enam pasukan hanya akan ditentukan Selasa ini dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Undian pasukan untuk Suku Akhir TM Piala Malaysia 2009 adalah seperti berikut:

Johan A vs Johan E

Johan B vs Naib Johan C2/D2/A2/E2

Johan C vs Naib Johan D2/A2/E2/B2

Johan D vs Naib Johan A2/E2/B2/C2

Berdasarkan undian di atas, pasukan-pasukan yang akan bertemu di peringkat suku akhir nanti ialah:

PLUS FC/Perlis vs Kelantan

Negri Sembilan/Terengganu vs Johor FC/Perak/KM NAZA/PLUS FC/Perlis/Kedah/P. Pinang

Johor FC/Perak vs KM NAZA/PLUS FC/Perlis/Kedah/P. Pinang/Negri Sembilan/Terengganu

Selangor vs PLUS FC/Perlis/Kedah/P. Pinang/Negri Sembilan/Terengganu/Johor FC/Perak

Pusingan pertama suku akhir akan dimulakan pada Selasa, 20 October manakala perlawanan di tempat lawan akan berlangsung pada Sabtu, 24 October.

Peringkat separuh akhir telah ditetapkan pada Selasa, 27 October 2009 dan Sabtu, 31 October 2009.

Perlawanan akhir TM Piala Malaysia, pada awalnya dijadualkan pada 21 November, telah dipercepatkan ke Sabtu, 7 November 2009. Ini dilakukan untuk mempermudahkan persiapan skuad bolasepak kebangsaan untuk kejohanan kelayakan Piala Asia 2011 dan Sukan SEA Laos.