SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR (SSBP) DAN SELANGOR KE FINAL

Dua perlawanan separuh akhir pusingan kedua untuk Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Menteri Pelajaran 2009 (Bawah 14 Tahun) telah berlangsung petang tadi diantara Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) dengan Kedah di Padang MSN, Bukit Jalil dan diantara Perak dan Selangor di Stadium Mini, Kuala Kangsar.

Liga Bolasepak Piala Menteri Pelajaran 2009

Lebih banyak gambar di sini: Liga Bolasepak Piala Menteri Pelajaran 2009

SSBP berjaya menewaskan pasukan Kedah dengan jaringan 1-0 untuk melayakkan diri ke final dengan agregat 3-1. Gol jaringan N. Thanabalan pada minit terakhir perlawanan cukup bermakna bagi pemain-pemain SSBP setelah beberapa peluang sebelum ini gagal disempurnakan.

Selangor pula membelasah Perak 8-0 untuk layak dengan agregat 12-0.

Pada perlawanan pusingan pertama Sabtu lalu, Selangor menumpaskan Perak 4-0 di Stadium UiTM, Shah Alam manakala SSBP menumpaskan Kedah 2-1 di Stadium Mini, Jitra.

Final diantara Selangor dan SSBP dijangka akan dilangsungkan pada hari Sabtu, 25 Julai 2009.