Setelah sekian lama membuat peminat-peminat bolasepak tempatan tertanya-tanya, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengumumkan nama jurulatih kebangsaan yang baru pada hari Isnin, 20 April ini.
Ini telah dinyatakan oleh Pegawai Media FAM, Zaid Jamaluddin ketika ditemui selepas tamatnya perlawanan separuh akhir pusingan kedua Piala FA 2009 diantara Selangor dan Perlis di Stadium Shah Alam semalam.
Menurut Zaid, satu sidang akhbar akan diadakan pada jam 3 petang di Wisma FAM, Kelana Jaya untuk mengumumkan nama jurulatih tersebut. Adakah jurulatih berkaliber dari Kedah, Azraai Khor akan dipilih ataupun K. Devan, jurulatih Selangor? Nantikan liputan pihak kami pada hari tersebut.






3
1