Kedah dan Selangor tentukan gelaran
Kemuncak persaingan Liga Malaysia 2007/2008 akan disudahi dengan final Piala Malaysia di antara juara bertahan Kedah dan juara 32 kali, Selangor – sebuah perlawanan akhir yang diidam-idamkan oleh banyak pihak.
Ia ibarat ulangan final Piala FA musim ini apabila kedua-dua pasukan beradu kekuatan untuk menggapai piala paling prestij dalam arena tempatan Sabtu ini.
Malam tadi Kedah yang sudahpun membolot gelaran Liga Super dan Piala FA, memastikan laluan ke final di Stadium Nasional sekalipun tewas 2-0 kepada Terengganu.
Dua jaringan Ashari Shamsuddin pada minit ke-6 dan 42 tidak mampu menyekat kemaraan Kedah yang menang selesa dan bergaya 3-0 Rabu lalu.
Barisan aristokrat dari Selangor terlebih dahulu mara ke perlawanan akhir sehari sebelumnya menerusi agregat 2-1.
Sekalipun tewas 1-0 kepada Johor FC di Stadium Jcorp, Pasir Gudang, pada Sabtu, kemenangan 2-0 pada perlawanan pertama separuh akhir di Shah Alam sudah memadai buat anak didik Dollah Salleh mara ke perlawanan akhir buat kali pertama sejak 2005.
Milik siapakah Piala Malaysia kali ini?
news courtesy of FAM






3
1