Sang Kenari atau Gergasi Merah?
Kedah atau Selangor? Sang Kenari yang bijak bestari atau Gergasi Merah yang garang? Stadium Shah Alam Sabtu ini menjadi saksi detik penentuan. Piala FA menjadi buruan.
Edisi ke-19 mempertemukan juara bertahan Kedah, dengan Selangor, yang memenangi piala yang sama sebanyak empat kali. Agak sayang kerana Kedah tidak akan menurunkan dua pemain St Vincent & Grenadine, Bernard Hugging dan Marlon Alex James, sebaliknya menaruh harapan kepada hampir-hampir kesemuanya anak jati negeri Jelapang Padi untuk menaiki podium kemenangan.
Bagi Selangor yang memiliki kelebihan bermain di gelanggang sendiri, jurulatih Dollah Salleh nampaknya sudah menjumpai formula yang menggandingkan Safee Sali dan Amri Yahyah selaku dua serangkai penggempur.
Amri yang kerap digunakan di posisi bek kanan sepanjang musim berupaya melaksanakan fungsi selaku pemain tengah, sayap mahupun back-up striker.
Pada separuh akhir, Selangor menumpaskan Terengganu 2-1 di stadium yang sama pada separuh akhir pertama dan seri 1-1 pada pertemuan kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selasa lalu.
Kedah bimbingan Azraai Khor Abdullah mahu mempertahankan gelaran sesudah menewaskan Pahang 4-1 pada perlawanan pertama dan 2-0 di Stadium Darulmakmur.






3
1